Fiqh al-Hadharah

Mengapa Projek Fiqh al-Hadharah?

Posted on: April 20, 2010

Projek Peradaban adalah kemuncak pencapaian sesebuah masyarakat menggabungkan penghasilan aqliyyah (intellectual), amaliyyah (practical) dan sinaiyyah (technological) dalam satu identiti tertentu mewakili pandangan dan pengalaman hidup tradisi masyarakat tersebut. Justeru Projek Peradaban Greek/Yunani mencerminkan identiti Greek/Yunani dari pandangan dan pengalaman hidup tradisi Greek/Yunani. Projek Peradaban Barat Moden mewakili pandangan dan pengalaman tradisi kehidupan masyarakat Barat Moden. Begitu jugalah dengan Projek Peradaban Islam yang sudah tentu memanifestasikan identiti dari pandangan dan pengalaman hidup Islam.

Projek Peradaban terhasil dari sistemisasi, sintesis dan sinergi antara akal-budi, tingkah-laku dan kerja-tangan masyarakat melalui syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Sudah barangpasti Projek Peradaban adalah satu projek keilmuan/intelektual, kepekertian/praktikal dan juga ketukangan/teknikal. Justeru bagi menjayakan Projek Peradaban ia memerlukan Ilmu tentang Peradaban. Ilmu Peradaban memandu Generasi Kepimpinan Peradaban untuk lebih cekap dan bersedia menghadapi selok-belok peradaban. Hal yang sama boleh dinisbahkan kepada proses menjayakan Projek Perubatan memerlukan Ilmu Perubatan, Projek Perundangan memerlukan Ilmu Perundangan juga Projek Senibina memerlukan Ilmu Senibina.

Projek Peradaban Islam memerlukan kefahaman terhadap Ilmu Peradaban yang Islami meliputi asas, dasar, citra, tasawur dan falsafah Islam tentang konsep dan amalan Peradaban. Maka Ilmu Peradaban Islam atau Fiqh al-Hadharah adalah kaedah-kaedah (qawaid) peradaban atau maksud-maksud  (maqasid) peradaban.  Fiqh al-Hadharah adalah tidak lain dari penelitian/pengkajian ilmiah/saintifik proses pembinaan peradaban Islam. Fiqh al-Hadharah atau Sains Peradaban ini dinamakan oleh Ibn Khaldun dalam Muqaddimah sebagai Ilmu al-‘Umran. Maka Projek Fiqh al-Hadharah adalah projek penelitian/pengkajian ilmiah/saintifik pembinaan peradaban Islam sesuai bagi Generasi Kepimpinan Peradaban. InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • None
  • No comments yet

Categories

Archives

%d bloggers like this: