Fiqh al-Hadharah

Pengenalan

Fiqh al-Hadharah adalah Agenda Bersepadu Penghayatan Ilmiyyah, Ruhaniyyah dan Adabiyyah ke arah merealisasikan Peradaban Islam yang menjadi Rahmatan lil ‘Alamin yang didokongi oleh Khayra Ummah dan Ummatan Wasatan. Model Pembinaan Insaniah Islamiyyah ini dicernakan  dengan kesedaran terhadap cabaran sofistikated Kompleks Peradaban Barat Modenis-Materialis-Empiris-Rasionalis yang juga anti-agama, ruhani dan tradisi. Bagi membina Kerangka Ilmiyyah-Ruhaniyyah-Adabiyyah ini amat diperlukan Generasi Kepimpinan Peradaban yang tinggi akal-budinya, suci jiwa-nuraninya dan mulia akhlak-pekertinya yang berupaya mendepani cabaran pelbagai cabaran Kompleks Peradaban Barat Modenis tersebut. Modus Operandi Fiqh al-Hadharah sekaligus adalah penzahiran shakhsiyyah peribadi secara individu dan juga diwaktu yang sama manifestasi kolektif sosial-masyarakat secara jama’iyyah dipelbagai peringkat keluarga, kelompok, komuniti dan kenegaraan.

Wawasan Ilmiyyah-Ruhaniyyah-Adabiyyah Fiqh al-Hadharah ini diilhamkan melalui penelitian terhadap 7 komponen utama yang menjadi tunjang kepada memahami proses pembinaan peradaban dalam konteks dan realiti kehidupan semasa hari ini.

1. EPISTEMOLOGI– Ilmu Pengetahuan adalah asas dan teras pembinaan peradaban. Justeru kefahaman terhadap asal, sifat, tabiat, hakikat dan martabat ilmu pengetahuan dalam skima kehidupan sangat penting sebelum proses pembinaan peradaban yang Islamik ingin dilaksanakan.

2. METODOLOGI– Dari kefahaman asasiah epistemologi Islam yang membentuk pandangan alam Islamiyyah maka diperlukan pula kemahiran terhadap dinamika dan fenomena proses pemindahan dan perolehan ilmu pengetahuan melalui kaedah dan metode yang pelbagai bagi memesatkan penghasilan ilmu pengetahuan Islami dan kontemporari.

3. PERADABAN – Peradaban adalah tidak lain dari dampak dan artifak yang terhasil dari kefahaman terhadap epistemologi dan proses perolehan dari metodologi tertentu merangkumi dimensi teoria, praksis dan poesis/techne. Justeru Peradaban Islam juga akan terbit dari penjelmaan teoria, praksis dan poesis/techne dan epistemologi dan metodologi Islamiyyah itu sendiri.

4. MODENITI – Inilah cabaran lingkungan dan zaman yang perlu ditempuhi oleh Generasi Kepimpinan Peradaban Islam dengan segala kepelbagaiannya tetapi boleh disimpulkan sebagai Kompleks Peradaban Barat Modenis-Materialis-Empiris-Rasionalis yang juga anti-agama, ruhani dan tradisi. Generasi Kepimpinan Peradaban Islam mestilah memahami akar dan asas, proses dan metode serta  impak dan dampak Kompleks Peradaban Barat Modenis ini setuntasnya tanpa perasaan inferiority kompleks atau tersirna dengan kilauan warna-warni cahayanya.

5. TEKNOSAINS – Sains, Teknologi dan Inovasi atau hari ini digelar Teknosains dikenalpasti sebagai pemacu utama yang berperanan dan berpengaruh menyebarluaskan dan meneruskan dominasi dan hegemoni Kompleks Peradaban Barat Modenis bukan hanya kepada umat Islam secara khusus malah seluruh umat manusia umumnya. Maka sikap kritikal dan selektif terhadap peranan dan pengaruh Teknosains amat diperlukan bagi mengekang dominasi dan hegemoni Kompleks Peradaban Barat Modenis tersebut.

6. ISU SEMASA – Dari masa ke semasa dunia dan umat Islam terus dihantui dengan pelbagai isu dari dimensi akhlak-etika kepada dimensi alam-sekitar-ekologi, sosial, ekonomi, politik dan seumpamanya yang terbit sebagai kesan akibat dari Kompleks Peradaban Barat Modenis. Justeru kita perlu menganalisisnya dari perspektifnya yang asal kepada akar-puncanya bukan sekadar simptom-kesannya untuk mengolah jawapan terbaik mengatasinya.

7. AGENDA BERTINDAK – Peradaban Islam adalah Peradaban Praktikal, Dinamik dan Pro-aktif lagi Inovatif, maka Generasi Kepimpinan Peradaban Fiqh al-Hadharah bukan sahaja mendasari kefahaman mereka dari tradisi unggul ilmiyyah, ruhaniyyah dan adabiyyah Islamiyyah malah menterjemahkan telahan mereka kepersada kehidupan praktikal sosio-ekonomi-politik umat manusia sebagai pembuktian keupayaan Islam menyelesaikan permasalah kehidupan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


  • None
  • No comments yet

Categories

Archives

%d bloggers like this: